top of page
Search
  • Writer's pictureprojekbinabanglo

JENIS IKATAN BATA




Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini Kami ingin berkongsi maklumat berkenaan jenis ikatan bata kepada pembaca semua. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan.


Antara ikatan bata ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah:

• Ikatan Sisi Bata • Ikatan Kepala Bata • Ikatan Bata Inggeris • Ikatan Bata Flemish


Ikatan Bata Inggeris

Mengandungi lapisan kepala bata (header) dan sisi bata (stretcher) yang berselang lapisan iaitu satu lapisan kapala bata dan satu lapisan permukaan sisi bata dalam lapisan yang berlainan.

Contohnya kalau lapisan pertama dimulakan dengan kepala bata, lapisan kedua mestilah dalam lapisan sisi bata atau sebaliknya.

Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada dinding yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Sesuai digunakan pada tempat-tempat yang memerlukan kekuatan seperti dinding luar bangunan, dinding penahan tanah dan lain-lain.

Kelebihan ikatan ini adalah boleh mengurangkan pemotongan pada batu bata dan dapat menjimatkan bata daripada tersalah potong.


Ikatan sisi bata (Stretcher bond)

Ikatan ini khas digunakan sebagai isian (infill) struktur kerangka pada dinding yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Lekapnya ialah ½ bata.

Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Ikatan sisi bata mengandungi semuanya sisi bata kecuali bata kerat setengah pada hujung terhenti. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya.






Dinding yang menggunakan ikatan sisi bata tidak berkemampuan untuk menyokong berat beban yang tinggi.

Digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti dinding sekatan, dinding landasan, dan dinding-dinding dalam struktur bangunan, dinding pembahagi (partition wall), dinding luar (cavity wall) dan chimney stalk (tempat pembakaran), di mana tiada beban berat yang disokong.

Kebanyakkan rumah-rumah di Malaysia dibina dengan mengunakan ikatan ini kerana lebih mudah untuk pasang dan hanya memerlukan sedikit sahaja pemotongan pada batu bata.

Tukang-tukang di Malaysia lebih mahir dengan ikatan ini dan gemar menggunakan ikatan ini dalam pembuatan dinding rumah kerana lebih jimat dan cepat.


Ikatan Kepala Bata (Header Bond)

Tiap-tiap lapisan dalam dinding yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja.

Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

Jika ikatan ini digunakan pada dinding ia akan merugikan dan akan menyebabkan dinding menjadi tebal kerana ianya digunakan pada satu bahagian sahaja kepala sahaja. Ikatan ini juga mengambil masa yang lama untuk memasang kerana memerlukan penelitian yang teliti oleh pemasangnya.

Ikatan ini jarang digunakan untuk mengikat dinding kerana memerlukan banyak bata-bata untuk menyiapkan dinding itu.


Ikatan Bata Flemish

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama.

Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata.

Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam dinding tetapi tidak kelihatan pada permukaan dinding.


Apabila kedua-dua belah permukaan dinding menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’.

Jika sebelah permukaan dinding menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka dinding yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.


Haaa.. macam mana?


*jom pakat SUBSRIBE, LIKE & SHARE


3,782 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page