top of page
Search
  • Writer's pictureprojekbinabanglo

PERUBAHAN PELAN KETIKA BINA!!



Adakah anda terfikir untuk melakukan sebarang perubahan pada pelan lantai selepas ianya dipersetujui oleh pelukis pelan? Atau mungkin perubahan tersebut ingin dilakukan ketika proses pembinaan sedang dijalankan? . BERITA BAIKNYA! Perubahan masih boleh dilakukan NAMUN ada limit atau hadnya bagi setiap perubahan yang ingin dilakukan. Kami akan memberikan gambaran secara ringkas akan perubahan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan ketika proses pembinaan sudah dimulakan.. . Perubahan mungkin melibatkan MASALAH STRUKTUR Perkara utama yang mesti ditekankan ialah setiap pembinaan rumah bukan hanya melibatkan “cantik” dan “indah” di mata, tetapi ialah kemampuan struktur rumah untuk menampung beban atau load daripada bumbung hinggalah ke asas yang disediakan. . Ini bermakna sebarang perubahan BESAR/UTAMA patut dilakukan pada fasa reka bentuk/design phase. Tetapiiii..ya, perubahan masih boleh berlaku namun ada beberapa perkara yang perlu dititik-beratkan antaranya;

1.) Perubahan mungkin menyebakan ia perlu direvise semula dan dihantar semula untuk kelulusan. Ini bermakna ada kos tambahan akan terlibat lah sebabnya designer and engineer kena ubah dan approve semula.

2.) Perubahahan akan memberikan kesan terhadap masa kesiapan sesuatu rumah. Mungkin kalau yang ada prepare CPM sebelum mula bina maka mungkin kena revise balik kalau tak memang merah aje la.

3.) Perubahan mungkin akan memberikan KOS TAMBAHAN kerana perubahan mungkin melibatkan pertambahan pekerja atau bahan dan masa yang sudah diguna pakai. . WALAUBAGAIMANAPUN, perubahan bukan lah semuanya tidak boleh dilakukan. Terkadang ada perubahan yang diperlukan bagi memastikan rumah idaman terbina seperti yang diingini sebagai contoh jenis material yang digunapakai, layout bagi perpaipan dan elektrik, layout cabinet dapur dan bilik air, jenis flooring. . Akhir kata, adalah sangat DISARANKAN jika ada sebarang perubahan lakukanlah ketika di fasa reka bentuk atau sebelum kerja pembinaan bermula.

Sekian tips bina rumah minggu ini!!


Jangan lupa klik LIKE dan SHARE!!


93 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page