top of page
Search

5 “MUST-KNOW” BINA RUMAH ATAS TANAH PERTANIAN

Writer: projekbinabangloprojekbinabanglo

Updated: Oct 29, 2018


bina rumah atas tanah pertanian

Mungkin ramai antara kita yang ada tanah status pertanian hasil warisan drpd ibu bapa. Biasanya, saiz tanah ni melebihi 1 ekar. Jadi persoalannya.. boleh ke nak bina rumah atas tanah status pertanian ni?


FAKTOR ZONING

Ada sesetengah Majlis Daerah yang masih akan meluluskan pelan rumah yg bakal dibina atas tanah status pertanian. Ni mungkin disebabkan faktor tanah pertanian an faktor zoning kt sesebuah kawasan tu yg menyebabkan pelan diluluskan.


PINJAMAN KERAJAAN

Pinjaman perumahan kerajaan masih akan meluluskan pinjaman bina rumah pemohon tapi dgn syarat anda mesti la mendapatkan pelan rumah yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah. Kalau cth Majlis Daerah dah wajibkan utk tukar status dulu ke bangunan, pemohon terpaksa la tukar dulu utk proses kelulusan pelan.


KELULUSAN PELAN

Kebanyakkan Majlis Daerah dah wajibkan pemilik tanah utk tukar status tanah pertanian ke bangunan utk dptkan kelulusan pelan rumah. Jd nak taknak, anda kena jugak tukar status dulu.


PINJAMAN BANK

Majoriti pinjaman bank pun mewajibkan tanah ditukar status kpd status bangunan jugak wlupn ada sesetengah Majlis Daerah yg meluluskan pelan rumah atas tanah status pertanian. Jd wlupn pelan rumah dah diluluskan Majlis Daerah, bank boleh gunakan polisinya utk menolak permohonan pinjaman anda bg tanah berstatus pertanian. Salah satu sbbnya, bank jugak kena jaga kepentingan mereka kalau in case owner gagal byr pinjaman.. banglo atas tanah status bangunan akan dilelong pd nilai yg jauh lebih tinggi berbanding atas status pertanian.


TUNAI

Kalau anda ada wang tunai utk bina rumah atas tanah pertanian tak akan ada masalah sbb anda tak perlu berhadapan dgn pinjaman kerajaan/bank. Tapi kena ingat ye sbb apa2 pembinaan masih memerlukan kelulusan pelan rumah dr Majlis Daerah. Wlupn pakai tunai. Melainkan kalau anda takde niat lngsg utk mohon kelulusan pelan rumah Majlis Daerah.


Mcm mana? Dah tahu apa kaitannya tanah status pertanian dgn pelan berkelulusan Majlis Daerah? So lps ni bg sesiapa yg ada tanah status pertanian tu dan dah ada niat nak bina rumah atasnya, terus la ke pejabat tanah utk uruskan tukar status tanah ke bangunan. Lebih mudah, kurang masalah. Jgn nanti smpi satu masa, rumah tergadai sbb melanggar undang2 kerajaan. Beringat sebelum terkena.



 
 
 

Comments


Subscribe

©2018 by bina banglo utara. Proudly created with Wix.com

bottom of page