top of page
Search
  • Writer's pictureprojekbinabanglo

PANDUAN SEJUKKAN RUMAH DENGAN TINTED WINDOW


tips elak panas dengan tinted window

Tips bina rumah atas tanah sendiri kali ini mengenai Panduan Sejukkan Rumah Dengan Tinted Windows . Kebanyakan rekabentuk rumah moden masa kini menggunapakai jumlah dan keluasan tingkap yang banyak. Salah satu masalah daripada penggunaan tingkap yang banyak adalah kesan panas akibat cahaya matahari.


Ramai juga pelanggan kami yang risau keadaan yang popular digelar sebagai ‘Panas Petang’, iaitu situasi di mana bilik atau sesuatu ruang yang menghadap matahari pada waktu petang, tidak selesa dan panas.


Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesan panas petang ini adalah dengan penggunaan ‘tinted windows’, yang mana sebahagian atau keseluruhan tingkap rumah dipasang dengan filem pemantul haba dan sinar merah (infrared). Walaupun kebanyakan rumah yang menggunakan tingkap berwarna telah mempunyai satu lapisan filem tetapi kebiasaannya lapisan tersebut adalah lapisan warna sahaja dan tidak mempunyai sifat pemantulan yang baik.


Contoh lapisan filem tinted yang popular adalah seperti daripada jenama V-Kool dan 3M. Ya, jenama sama yang digunakan untuk tinted kereta. Penggunaan filem pemantul haba yang khusus seperti ini jarang digunakan untuk perumahan di Malaysia tetapi ianya tidak asing dalam bangunan-bangunan komersial terutama yang banyak menggunakan cermin bagi mengawal kepanasan di dalam bangunan.

Kos filem penebat haba yang baik adalah agak tinggi tetapi untuk mengurangkan kos, anda boleh memilih untuk melindungi sesetengah ruang sahaja yang terdedah kepada sinaran panas petang ini.


118 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page