top of page
Search
  • Writer's pictureprojekbinabanglo

PELAN RUMAH DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Updated: Oct 29, 2018


Apa yang dimaksudkan dengan pelan rumah dalam sektor pembinaan??

Pelan rumah adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci  oleh pelukis pelan rumah atau mana-mana orang yang pakar dalam melukis pelan. Jika dulu pelan dilukis menggunakan tangan tapi bila teknologi sekarang semakin canggih ianya telah dinaik taraf melukis  menggunakan  program AutoCad atau Revit.


Dari dulu lagi kita tahu pelan rumah sangat penting apabila kita ingin membina rumah jika tidak membuat pelan rumah pun pasti akan ada satu kertas untuk dikemukakan kepada tukang . Pelan yang telah siap dilukis pula  akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1 yang berfungsi sebagai sokongan jika pelan salinan lain hilang .


Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print sepertimana yang dikehendakki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara untuk mendapat kelulusan. Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam bentuk blue print dan bersaiz A1 .


pelan rumah pandangan hadapan

pelan rumah pandangan kanan

pelan rumah pandangan belakang

Pelan rumah mempunyai  3 jenis iaitu Pelan Arkitek,Pelan Pembentungan dan Pelan Struktur. Pelan Arkitek mengandungi Pelan lantai Pelan pandangan hadapan dan belakang, Pelan pandangan sisi kiri atau kanan atau kedua-duanya, Pelan keratin, Pelan lokasi, Pelan kunci, Pelan tapak.


Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah yang di tunjukkan dengan terpeinci berkenaan dengan ukuran, jenis bahan yang digunakan, rekabentuk bumbung, sistem bekalan air / eletrik, kedudukan rumah di dalam lot tapak rumah dan banyak lagi. Selalunya  Pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan Ngegri tersebut. Jabatan Perancang Bandar akan menyemak terlebih dahulu status lot tanah berdasarkan salinan geran tanah. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti tiada apa-apa masalah jika dibandingkan dengan draf/pelan perancangan masa depan oleh kerajaan tempatan.


Pelan Pembentungan ialah pelan sistem aliran sisa-sisa air buangan dan najis seperti septic tank, waste paip, manhole dan soakway pit. Pelan septic tank dilukis mengikut seperti spesikasi yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar  barangan tersebut. Terdapat beberapa jenis septic tank di pasaran dan pihak pengeluar sebenarnya telah pun  mendapatkan sijil kelulusan sebelum ia dipasarkan dan digunakan. Pelan septic tank yang diserahkan kepada Jabatan Pembentungan di negeri seluruh Negara adalah untuk memastikan kita menggunakan septic tank yang diluluskan saja.


Pelan struktur dibuat setelah pelan arkitek  sudah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di daerah masing-masing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur rumah seperti saiz dan ukuran tapak asas,grd. Beam, roof beam, tiang dan ditunjukkan saiz , ukuran dan bilangan tetulang besi yang ada dalam setiap struktur bangunan. Pelan struktur selalunya akan diberikan kepada site supervisor untuk mereka faham terlebih dahulu jenis bahan yang digunakan sebelum diberikan kepada tukang.


pelan rumah 3D


853 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page